Mengenai Akademi IPM
| Article Index |
|---|
| Mengenai Akademi IPM |
| Misi & Visi |
| Fungsi Dan Peranan |
| All Pages |
LATAR BELAKANG
Akademi IPM Sdn Bhd mula beroperasi pada Ogos 2005 yang telah di perbadankan pada tahun 2005.
Satu bangunan milik penuh pemegang saham telah didirikan bagi mengembangkan industri perhotelan dan kemahiran dalam bidang IT. Selain itu, lokasi bangunan ini juga adalah strategik kerana ia terletak di tengah – tengah pusat bandar Dungun. Kami juga menyediakan cafeteria makanan & minuman didalam hotel, dewan banquet dan juga bilik penginapan yang boleh disewakan kepada orang awam. Ianya dilengkapi dengan kemudahan – kemudahan sepertimana yang terdapat di hotel tiga bintang dan ianya akan dijadikan tempat latihan kepada pelatih – pelatih kemahiran berkaitan menjalankan kursus ini.
AIPM menawarkan pelbagai kursus dalam bidang perhotelan dan IT. Misi penubuhan AIPM adalah untuk menjadi salah satu institusi pendidikan dan pusat kemahiran yang terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya.
Untuk mencapai hasrat itu, AIPM akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan yang profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya.
Polisi dan dasar AIPM adalah seperti perkara berikut :-
- Memastikan para pelajar adalah sebagai pelanggan utama.
- Mempastikan semua kakitangan cekap dan dapat melaksanakan kerja dengan cara yang betul dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar dari masa ke semasa.
Pendidikan berteraskan keilmuan adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. AIPM akan berusaha melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kejayaan serta memberi sumbangan terhadap Negara. Sejajar dengan itu, Akademi IPM Sdn Bhd telah bertekad menjadi sebuah pusat latihan kemahiran terunggul di Malaysia yang inovatif & kreatif dalam semua aspek untuk menjadikan kemahiran ini sebagai satu asas dalam perjuangan hidup.
Last Updated (Thursday, 08 July 2010 04:56)


